Post Terkini

Resepi Ayam Goreng Kemangi Thai | Mudah dan Sedap



Bahan-bahan:

2 cawan daging ayam - dipotong halus
3 ulas bawang putih - ditumbuk
5 biji cili padi - ditumbuk kasar
1/2 cawan daun Kemangi
2 sb sos tiram
1 sb sos perasa
2 sb kicap
2 sk gula
3 sb minyak masak
1 cawan nasi
1 biji telur - digoreng

Cara Penyediaan:

1. Panaskan kuali masukkan minyak masak, tumiskan bawang putih dan cili api yang telah ditumbuk, kacau sehingga naik, masukkan ayam dan kacau sehingga ayam masak.

2. Masukkan kicap, sos tiram dan gula, kacau lagi sehingga bahan-bahan masak dan sebati.

3. Masukan daun kemangi dan kacau sebentar.

4. Siap dan angkat, sedia untuk dihidangkan nasi dan telur yang telah digoreng.

Selamat Mencuba


Resepi Dalca Daging


Bahan-bahan:

300gm daging atau ayam - dipotong kecil
1 paket rempah kari daging babas - bancuh dengan sedikit air 
600gram ubi keledek - direbus dan dilecek
2 cawan santan pekat
Air secukupnya

 Bahan-bahan tumisan:-
 
2 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 inci halia - dihiris halus
5 ulas bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris

 Bahan-bahan sayuran:-

3 biji ubi kentang 
3 batang carrot
3 biji terung
3 biji tomato merah
5 biji cili merah dan hijau
5 batang kacang panjang

Bahan hiasan:-

Bawang goreng
 
Cara Penyediaan:
1. Panaskan periuk masukkan minyak masak secukupnya, tumiskan bahan tumisan sehingga naik bau.

2. Masukkan bancuhan rempah kari daging, kacau lagi sehingga garing dan pecah minyak minyak, kemudian masukkan daging, masak sehingga daging empuk.
 
3. Masukkan ubi keledek yang telah dilecek dan masukkan ke dalam periuk, kemudian masukkan 2 cawan santan pekat dan air secukupnya.

4. Masukkan bahan sayur-sayuran, tambahkan garam. Kacau rata dan angkat.
 
5. Angkat dan taburkan bawang goreng semasa menghidang.

Selamat Mencuba

Resepi Ayam Masak Wangi



Bahan-Bahan:

1/2 ekor ayam - dibersihkan dan dipotong
2 batang serai - dititik
4 helai daun limau purut
2 biji tomato - dibelah 4

1/2 biji capsicum (lada benggala) hijau dan merah
Minyak masak

Bahan-bahan kisar:-


2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan-bahan sos:-


3 sb sos Cili
1 sb sos Tomato
1 sb pes Tomyam
2 sb kicap cair
2 sb kicap manis
1 biji perahan air limau nipis
Daun sup - dihiris

Cara Penyediaan:
1. Panaskan kuali masukkan minyak masak, gorengkan ayam sehingga 3/4 masak, toskan dan ketepikan.

2. Di dalam kuali yang sama, panaskan kuali masukkan minyak masak, tumiskan bahan kisar sehingga wangi.


3. Masukkan bahan sos dan kacau rata.


4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi, serai dan daun limau purut.


5. Masak dengan api perlahan, kemudian masukkan capsicum.


6. Masakkan sebentar ayam, bila sudah masak, hidang dan hiaskan dengan daun sup.


7. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba

Resepi Udang Masak Butter | Mudah dan Sedap



Bahan-bahan:

200gram udang  
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
1 biji bawang besar Holland - dihiris
Cili padi hijau dan merah - dipotong halus

3 sb butter
Susu cair
Daun kari
Tepung jagung
Secubit garam

Sedikit minyak masak

Cara Penyediaan:

1. Panaskan kuali masukkan minyak masak, gorengkan udang sehingga bertukar warna dan angkat terus, ketepikan.

2. Di dalam kuali lain, masukkan butter sehingga butter cair, masukkan bawang putih, bawang besar, cili padi dan daun kari. Goreng sehingga naik bau. 


3. Kemudian masukkan susu cair, sudah mendidih masukkan garam dan bancuhan tepung jagung. Kacau seketika dan masukkan udang yang telah digoreng tadi.


4. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba

Resepi Kailan Ikan Masin Thai



Bahan-bahan:

2 ketul ikan tenggiri jeruk (dalam botol)
Sayur kailan
2 ulas bawang merah - hiris halus
1 ulas bawang putih - diketuk
1 sb sos tiram
Secubit garam
Limau nipis

Cara Penyediaan:


1. Panaskan kuali, masukkan minyak ikan tenggiri jeruk (yang ada dalam botol).

2. Kemudian goreng ikan tenggiri jeruk dan hancur-hancurkan ikan.

3. Masukkan bawang merah dan putih, gorengkan sehingga naik bau. 

4. Kemudian  masukkan sos tiram, masukkan sayur kailan dan gorengkan sehingga sayur sedikit layu (letakkan garam sekiranya kurang masin, tetapi hati-hati kerana ikan dan sos tiram sudah masin).
 
5. Perahkan sedikit limau nipis, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba

Resepi Ikan Bakar Portugis



Bahan-bahan:

3 ekor ikan cencaru - apa-apa ikan pun boleh
3 helai daun limau purut - dihiris halus
3 camca besar minyak bawang putih
3 camca besar cili kisar
1 camca teh gula
1 1/2 camca teh garam
Daun pisang dan aluminium foil secukupnya

Bahan kisar:-

2 biji buah keras
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 batang serai
1 keping hirisan lengkuas - saya tak letak
1 helai daun kunyit

Bahan minyak bawang putih:

1/2 cawan minyak masak
6 ulas bawang putih - ditumbuk

Cara Penyediaan:

1. Cara untuk minyak bawang putih, panaskan minyak dengan api perlahan, masukkan bawang putih dan goreng garing. Matikan api dan alih minyak dalam bekas. Sejukkan.


2. Ikan dibersihkan, dikelar dan perap dengan jus lemon atau limau kasturi dan garam 10 minit, cuci dan toskan.


3. Campur semua bahan kisar bersama garam, gula dan cili kisar, gaul rata.


4. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan kisar tadi. Sejukkan.


5. Letak seekor ikan atas daun pisang, lumur rata dengan bahan-bahan dan minyak bawang putih. Balut dengan aluminium foil dan bakar hingga masak. Bakar atas kuali pun boleh. Lepas tu perah dengan air asam limau kasturi.


Selamat Mencuba

Resepi Kari Ikan Merah



Bahan-bahan:

1 ekor ikan merah - dipotong dan dibersihkan
1 labu bawang besar - dihiris
4 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
2.5cm halia - dikisar
1 sb halba campur
2 sb cili kisar
5 tangkai cili kering - dipotong potong
3 tangkai daun kari
1 senduk rempah kari babas
Santan secukupnya
Sedikit air asam jawa
5 batang bendi - dipotong
2 biji tomato - dipotong 4
3 tangkai cili hijau - dipotong 2
3 tangkai cili merah - dipotong 2
Garam secukup rasa
Serbuk perasa
Gula - jika perlu
Sedikit minyak

Cara Penyediaan:

1. Tumis bahan hiris bersama daun kari, halba campur dan cili kisar hingga naik bau.


2. Masukkan pula bahan kisar dan kacau hingga wangi. Masukkan rempah kari dan kacau hingga naik minyak semula. Masukkan juga cili kering.


3. Masukkan santan dan air asam jawa dan biarkan hingga mendidih. Masukkan ikan dan bendi. Masukkan serbuk perasa, garam, tomato, cili hijau, cili merah. Biarkan hingga mendidih seketika

.
4. Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas.


Selamat Mencuba

Like Us On Facebook